CELIK BAHASA ISYARAT
Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka
( https://youtu.be/-h5hlplln24 )
Hai, blogger-blogger sekalian,
Harini saya ingin berkongsi tentang pengalaman
saya menyertai program perkongsian ilmu atau pengalaman bersama Prof. Dr.
Normaliza yang dianjurkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka di laman media
sosial secara langsung beberapa hari yang lepas.
Berdasarkan perkongsian dalam program tersebut, Prof. Dr. Normaliza menerangkan bagaimana cara beliau memahami dan mempelajari bahasa isyarat itu sendiri dari media sosial Twitter. Selain itu, Prof. Dr. Normaliza juga menerangkan betapa penting untuk mempelajari bahasa isyarat dan sering menekankan kepada anaknya untuk mempelajari bahasa isyarat. Prof. Dr. Normaliza juga berkata mempelajari ilmu bahasa isyarat tidak kira usia muda atau tua yang penting dapat mempelajari bahasa isyarat. Prof. Dr. Normaliza juga berkata sangat penting untuk kita tahu menggunakan bahasa isyarat misalnya kita ke luar negara tidak pandai berbahasa asing mampu untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat. Prof. Dr. Normaliza juga mengajar cara menggunakan bahasa isyarat seperti contoh cara menyebut perkataan " i love you " dalam bahasa isyarat. Kesimpulannya, pengisian program ini sangat menarik dan memberi maklumat dan ilmu baharu kepada penonton yang rata-rata dalam kalangan pelajar. Hal ini dapat membuka mata dan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan berbahasa isyarat dari usia yang muda. Namun begitu, di usia yang tuda atau pun lewat usia juga masih boleh belajar dan tiada halangan selain diri sendiri.
No comments:
Post a Comment