BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS
WACANA
1. PRA-ANDAIAN |
1.Instusi 2. Konteks |
-Penerimaan/Penafian -Keperluan -Perujukan -Anafora -Pengulangan -Kekaburan -Penegasan |
2. EMOSI |
1. Positif 2. Negatif 3. Emosi Bercampur |
-Perangai -Personaliti -Mood -Motivasi |
3. NILAI DAN BUDAYA |
1. Diri 2.
Masyarakat 3. Adat |
-Jujur,ikhlas,baik
hati,kasih sayang,kerajinan,kesyukuran,kesederhaan -Berdikari,
hemah tinggi,keberanian,kebersihan,fizikal dan mental, kesantunan. -Hormat
menghormati,Kerjasama,semangat, bermasyarakat -Keadilan,
kebebasan, rasional |
4. BAHASA |
1. Bahasa
Pertama/Kedua/Ketiga 2. Formal/Tidak
Formal 3.
Kesalahan Bahasa 4. Linguistik |
- |
5. INFERENS |
1. Rumusan
Keseluruhan 2. Rumusan
Topik 3. Penutup
Kata |
- |
1. Pra-Andaian
Menjadi perkara utama yang diamalkan dahulu sebelum permulaan garis hujah atau tindakan. Pra-andaian ini dibahagikan kepada dua aspek analisis atau hujah iaitu intuisi dan konteks. Intuisi atau gerak hati ini adalah istilah untuk kemampuan atau kebolehan memahami sesuatu tanpa melalui pemikiran rasional dan intelektual. Pemahaman itu timbul di luar kesedaran seseorang. Dalam pada itu, konteks pula merupakan sesuatu yang dianalisis dari aspek penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anaphora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.
2. Emosi
Emosi pula,
merupakan suatu perasaan atau gejolak jiwa yang muncul di dalam diri seseorang
akibat daripada rangsangan, baik dari dalam diri sendiri mahupun dari luar.
Emosi juga terbahagi kepada dua aspek iaitu emosi positif, negatif dan emosi
bercampur. Emosi pula dilihat menerusi perangai, personaliti, mood dan motivasi
diri dan dari luar.
3. Nilai dan
Budaya
Aspek diri,
masyarakat dan adat merupakan suatu analisis daripada niat dan budaya. Hal ini
berkait rapat dengan nilai yang terkandung dalam falsafah Pendidikan negara. Nilai
seperti jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran,
kesederhanan, berdikari, berhemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan
mental, kesantunan, hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat,
keadilan, kebebasan dan rasional.
4. Bahasa
Memfokuskan
kepada penggunaan bahasa pertama, kedua, ketiga dan lain-lain bahasa. Bahasa dikategorikan
dalam dua bahagian iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Aspek linguistik
juga dianalisis supaya huraianya lebih jelas dan padat.
5. Inferens
Inferens ini
terdiri daripada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik
perbincangan dan penutup kata. Setiap satu aspek analisis ini perlu dibincangkan
supaya ujaran, interaksi, teks dan tulisan ini lebih lengkap dan jelas.
Rujukan
Normaliza abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
No comments:
Post a Comment