CERITA SOSIAL 2 : SAYA YANG ISTIMEWA
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi . Penerbit UMT, Kuala Nerus.
Pada hari ahad yang lalu, bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan.Bapa Alim beli buah-buahan tersebut dari pasar tani. Bapa Alim sememangnya mengetahui bahawa Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah gemar makan buah-buahan tempatan. Terdapat pelbagai buah-buahan yang dibeli ayah iaitu buah durian, manggis, langsat, duku dan pelbagai lagi. Aisyah terus berlari mendapatkan buah manggis kegemarannya. Pada malam itu, mereka sekeluarga menikmati buah-buahan tempatan yang dibeli bapa tersebut. Ketika sedang makan, ibu mengingatkan mereka supaya meletakkan semua sampah yang ibu sediakan. Hal ini kerana jika dibuang di merata tempat lantai akan menjadi kotor. Kemudian, Alim meminta kebenaran ibunya terlebih dahulu untuk memberikan sedikit buah-buahan yang dibeli bapa sebentar tadi kepada Sulaiman dan keluarganya kerana ibu dan bapa selalu berpesan untuk berkongsi barang atau makanan merupakan satu hal yang baik. Lalu Alim dipuji oleh ibunya bahawa Alim seorang anak yang baik. Setelah itu, Alim segera memberikan Sulaiman buah yang sudah siap diasingkan ke dalam plastik oleh ibu. Selesai memberikan Sulaiman buah manggis dan rambutan, Alim terus pulang ke rumahnya. Alim merasakan satu kepuasan kerana telah berkongsi rezeki keluarganya bersama keluarga Sulaiman. Setelah selesai makan, Alim membantu keluarganya mengemas semula rumah mereka yang bersepah dengan sisa-sisa kulit buah-buahan sebentar tadi. Alim membawa segala sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Lalu, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman yang sedang menyapu lantai di luar rumah lalu mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim membalas dengan mengatakan bahawa berkongsi rezeki merupakan perkara yang sentiasa dipesan oleh ibunya. Makcik Timah dan Pakcik Yakub juga merupakan orang yang baik-baik. Oleh itu, kita sesama jiran mestilah berbaik. Giliran Makcik Timah pula mengatakan bahawa Alim seorang anak yang baik dengan nada yang sedih. Alim yang melihat Makcik Timah dalam keadaan sedih lalu pun bertanya keadaannya, namun Makcik Timah menjawab bahawa dia bukannya sedih malah gembira kerana Alim berkawan baik dengan anaknya Si Sulaiman. Lalu Alim menjawab bahawa Alim suka Sulaiman dan Alim juga suka berkawan dengan Sulaiman sambil melambai ke arah Makcik Timah sebelum masuk ke dalam rumah. Makcik Timah lalu berdoa supaya Alim sekeluarga diberikan kesejahteraan.
No comments:
Post a Comment