SALAM PERKENALAN
Selamat pagi dunia, sebuah harapan dan jalan selalu datang untuk mereka yang selalu dan sentiasa berdoa serta berjuang tanpa mengenal sebuah kata menyerah. Salam perkenalan, nama diberi sejak lahir ialah Muhamad Nur Aiman Bin Ahmad Zufa'ai dan bernombor matrik 201809.
Seorang pelajar jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu di sebuah universiti ternama di Malaysia. Aku diperkenalkan pada dunia ini pada 8 Februari 1998 di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Aku merupakan seorang anak sulung daripada empat adik beradik yang lahir dari seorang ibu tunggal. Panggil saja aku Aiman. Berlatarbelakangkan kehidupan yang sederhana, ibuku cuma seorang peniaga di sebuah pasar. Kini giliran aku untuk berjuang meneruskan kehidupan. Sejak kecil, aku cuma ada ibu dan ibuku adalah segalanya. Aku juga seorang yang aktif dalam bidang sukan. Itu sahaja perkenalan daripadaku, jika sudah kenal maka bersedia kerana setiap perkenalan itu dibayangi dengan perpisahan. "Mengenal diri sendiri jauh lebih sukar daripada ingin mengetahui kepribadian orang lain. Sebab itu, kenalilah dirimu sebelum mengenal pribadi orang lain." (Buya Hamka).
Ikhlaslah seperti gula, tetap beri kemanisan meskipun larut, Begitu juga kehidupan, terus berbuat baik walaupun dilupakan kerana kebaikan itu bukan untuk disebut tapi untuk dirasakan.
Muhamad Nur Aiman Bin Ahmad Zufa'ai
201809
No comments:
Post a Comment