Sunday, April 25, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5- DILEMA PENGEMBARA

 DILEMA PENGEMBARA




Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka 


( https://www.youtube.com/watch?v=bQCPNh8Es1o )  


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, semoga kalian berada dalam keadaan yang sihat sejahtera.

Baiklah, pada hari ini saya berbesar hati ingin kongsikan kepada anda semua berkenaan dengan satu topik yang agak menarik iaitu Dilema Pengembara yang dikupas dengan cukup menarik dan penuh ilmiah oleh Dr Siti Nur Aliaa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Baik, apa yang menariknya adalah apabila beliau berkongsi tentang pengalaman-pengelaman beliau daripada langkah pertama beliau memulakan pengembaraan sehingga sekarang dan beliau turut berkongsi tentang bagaimana beliau mampu mula mengembara pada usia yang begitu muda iaitu ketika ibunya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Beliau juga menyuarakan pendapat bahawa mengembara bukanlah merujuk ke luar negara sahaja malah melancong di dalam negara juga di ambil kira sebagai sebuah pengembaraan. Hal ini beliau katakan bahawa kerana pengembaraan ini merupakan sesuatu perkara yang membawa kita ke suatu tempat dan suasana baharu, dapat pengalaman baharu, kenali orang baharu, keluar dari keselesaan dan kebiasaan diri serta belajar bagaimana untuk hidup di tempat orang. Bak kata pepatah "jauh perjalanan luas pemandangan" amat sesuai lah dikaitkan dengan kisah kembara Dr Aliaa ini. Jadi, apalagi yang  kita tunggu? dengarkan dengan lebih lanjut pengalaman beliau yang sangat menarik. 






No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA ...