SUMBER INTERNET
Tema |
Poster |
Rujukan |
Google Image |
Huraian |
Berdasarkan
poster yang dinyatakan, grafik yang dihasilkan dalam poster tersebut memenuhi
elemen warna yang tidak terlalu berlebihan. Elemen yang warna diterapkan
dalam poster tersebut adalah wajar kerana tidak lebih daripada tiga warna.
Hal ini membolehkan poster yang dihasilkan bukan sahaja menarik, tetapi
mesejnya lebih mudah difahami berbanding poster yang mempunyai banyak warna.
Namun, penyesuaian elemen warna pada poster bergantung kepada mesej yang
hendak disampaikan dan tidak menjadi kesalahan sekiranya elemen warna pada
poster dihasilkan melebihi tiga warna. |
Tema |
Pemandangan |
Rujukan |
Aplikasi Instagram |
Huraian |
Grafik
yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dikatakan demikian
kerana, pemandangan yang dilihat dari udara ini menunjukkan kombinasi warna
yang menarik dan cantik. Warna air yang kebiruan dan bukit-bukau yang
menghijau menimbulkan lagi warna yang menarik bagi grafik ini. Warna yang
menarik dalam grafik ini menimbulkan rasa tenang kepada audien. |
Tema |
Alam Sekitar |
Rujukan |
Aplikasi Pinterest |
Huraian |
Grafik
yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dapat dibuktikan
daripada kepelbagaian warna yang digunakan bagi menimbulkan keharmonian alam
sekitar. Campuran warna hijau dan warna-warni bunga menambahkan keindahan
pemandangan tersebut. Ia juga memberikan ketenangan kepada audien dan lebih
menjadi seorang yang mesra alam. |
Tema |
Sungai |
Rujukan |
Google
Image |
Huraian |
Elemen
warna dalam foto sungai tersebut mengikut elemen grafik warna yang tidak
melebihi tiga warna dalam satu masa. Air sungai yang warnanya biru kehijauan
ditambahkan warna coklat kayu dan tanah serta kehijauan daun pokok cukup
menimbulkan satu grafik warna yang tenang dan mendamaikan dalam foto
tersebut. Elemen warna yang tidak serabutkan penglihatan serta kontra warna
yang bersesuaian. Oleh itu, elemen warna sangat dinamik dalam foto ini. |
Tema |
Pemandangan
|
Rujukan |
Aplikasi
Twitter |
Huraian |
Berdasarkan gambar di atas,
gabungan elemen warna biru langit dan hijau rumput memenuhi ciri-ciri elemen
asas grafik warna kerana tidak melebih tiga jenis warna. Gambar di atas juga
tidak merumitkan untuk penonton menikmati pemandangan keseluruhan sebuah
stadium yang berpengkalan di London, United Kingdom iaitu pasukan bolasepak
Chelsea FC. Bukan itu sahaja, warna-warna dalam foto ini bersesuaian dan
berkait antara satu sama lain. Oleh itu, foto ini memenuh elemen warna. |
Tema |
Ruang
Kediaman |
Sumber |
Google Image |
Huraian |
Gambar yang dipaparkan adalah kawasan
ruang tamu sebuah rumah. Konsep yang dibawakan dalam hiasan ruang tamu
tersebut adalah konsep minimalis. Konsep minimalis merupakan sebuah konsep
yang ringkas, teratur dan tidak memerlukan perabot dan perincian yang banyak.
Warna cat yang digunakan adalah warna yang bersifat neutral seperti gabungan
putih, hitam dan coklat. Dalam gambar tersebut, penghias rumah ini menggunakan
gabungan warna putih, coklat dan sedikit warna kelabu. Konsep ini juga dapat
mewujudkan ketenangan untuk penghuninya. |
Tema |
Filem
Inggeris |
Sumber |
Google
image |
Huraian |
Berdasarkan poster filem tersebut,
terdapat tiga warna sahaja yang digunakan iaitu merah, hitam dan kuning.
Pemilihan warna tersebut memberi kesan terhadap mesej yang disampaikan. Filem
yang bertajuk “The Dark Knight Rises” ini membolehkan pembaca memahami dengan
baik dan jelas disebabkan warna pada tulisan tersebut terang kerana berlatar
belakang hitam. Oleh itu, pemilihan warna yang tepat dan sesuai dengan mesej
dapat menjadikan grafik tersebut berkesan. |
Tema |
Iklan Minuman |
Sumber |
Google Image |
Huraian |
Elemen
yang hadir di dalam iklan minuman tersebut adalah elemen warna. Hal ini
dibuktikan dengan penggunaan warna yang tidak berlebihan daripada tiga warna.
Hal ini membantu pembaca memahami iklan tersebut dengan lebih mudah. Makanya,
maklumat yang cuba disampaikan oleh papan tanda tersebut tercapai. |
Tema |
Promosi Iklan |
Sumber |
Google Image |
Huraian |
Berdasarkan
iklan promosi di atas, penggunaan teks adalah mudah difahami dan jelas.
Penggunaan warna merah dalam teks digunakan untuk menyampikan mesej yang
disampaikan oleh syarikat pengiklanan tersebut dapat difahami dengan baik.
Iklan promosi tersebut juga menyatakan diskaun yang diberikan bagi meyakinkan
audien. Hal ini jelaslah menunjukan bahawa warna dalam iklan memainkan
peranan penting dalam grafik. |
Tema |
Bunga Raya |
Rujukan |
Google
Image |
Huraian |
Grafik
yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dapat dibuktikan
daripada kepelbagaian warna yang digunakan bagi menimbulkan keharmonian alam
sekitar. Campuran warna hijau dan merah bunga menambahkan keindahan
pemandangan tersebut. Ia juga memberikan ketenangan kepada audien dan lebih
menjadi seorang yang mesra alam. |
Tema | Pemandangan |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Gambar pinggir laut yang dinyatakan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemandangan yang dilihat dari daratan menunjukkan kombinasi warna yang menarik dan cantik. Warna air laut dan langit menunjukkan warna kebiru-biruan, bukit-bukit yang dipenuhi dengan rimbunan pokok yang menghijau dan juga pinggir laut yang berpasir putih menjadikan satu kombinasi yang mewujudkan pemandangan yang mendamaikan. Oleh itu, kombinasi warna pada pemandangan pinggir laut tersebut menjadi salah satu tarikan dan mudah diterima umum. |
Tema | Minuman Berkafein |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Grafik yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemandangan diambil mempunyai kombinasi warna yang menarik dan cantik. Gabungan warna coklat, jingga dan kebiruan menaikkan efek grafik ini. Warna yang menarik dalam grafik ini menimbulkan rasa tenang kepada audien. |
Tema | Patriotik |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Gambar di atas menunjukkan figura berada di hadapan “Saloma Bridge”, Kuala Lumpur. Apa yang difokuskan adalah pada warna yang ditunjukkan pada jambatan itu. Warna yang ditunjukkan ialah warna bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang yang diambil tepat pada waktu. Suasana malam dalam gambar yang gelap memberi pencahayaan yang baik kepada warna lampu-lampu di jambatan itu. Audien juga dapat memberi fokus kepada warna di belakang figura berbanding dengan figura itu sendiri. |
Tema | Aurora |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Refleksi warna biru, biru kehijauan dan ungu terpantuk ke pokok buluh dan air tasik menampakkan satu pandangan seakan-akan fenomena aurora di langit. Ditambah pula seni bina bentuk pagoda cina yang dicahayai dengan warna kuning di tengah-tengahnya. Perkara ini membuatkan orang tertarik dengan refleksi cahaya tersebut tambahan pula pada gelap waktu malam. Oleh itu, gambar tersebut memenuhi elemen warna dalam asas grafik. |
Tema | Patriotisme |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Berdasarkan gambar di atas, warna pada Jalur Gemilang dapat menarik perhatian audien apabila melihatnya. Penonton akan lebih tertarik kepada warna-warna yang terdapat di Jalur Gemilang kerana gambar ini menfokuskan kepada Jalur Gemilang tersebut berbanding latar belakang yang lain. Oleh itu, foto ini memenuhi elemen warna. |
Tema | Taman Rekreasi |
Sumber | Gambar sendiri |
Huraian | Gambar yang dirakam merupakan sebahagian dari kawasan taman rekreasi iaitu Taman Bunian, Kulim, Kedah. Taman ini dikelilingi pokok-pokok yang menghijau dan merimbun. Majoriti warna yang terdapat di taman ini ialah hijau. Namun begitu, beberapa warna lain telah digunakan bagi menyerikan taman tersebut. Sebagai contoh, warna biru dan merah digunakan untuk mewarnai titi kecil di taman tersebut. Terdapat juga penggunaan warna coklat dan kelabu yang digunakan pada pondok seperti mana yang terdapat dalam gambar di atas. |
Tema | Makanan Kesihatan |
Sumber | Gambar sendiri |
Huraian | Berdasarkan gambar tersebut, pemilihan warna sangat minimal dan menarik. Gambar tersebut menggunakan latar belakang berwarna hijau iaitu pada daun-daun dapat menonjolkan lagi gabungan warna kuning dan merah pada botol madu tersebut. Warna kuning itu memberi gambaran yang jelas bahawa madu tersebut berwarna kuning dan warna merah pula digunakan untuk menjadi daya tarikan. Oleh itu, gambar tersebut menepati elemen warna kerana gabungan warna yang terdapat pada grafik ini sangat minimal. |
Tema | Kasut |
Sumber | Gambar sendiri |
Huraian | Gambar kasut ini memaparkan elemen warna. Hal ini dibuktikan melalui ketiga-tiga warna kasut yang berbeza iaitu kelabu, merah dan hijau tua. Kombinasi warna tersebut tidak melebihi daripada tiga warna. Oleh itu,gambar ini telah memenuhi elemen warna. |
Tema | Ketenangan di Tasik |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Grafik yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemandangan diambil mempunyai kombinasi warna yang menarik dan cantik. Campuran warna hijau dan langit yan di tasik tersebut. Warna yang menarik dalam grafik ini menimbulkan rasa tenang kepada sesiapa yang sahaja memandang. |
Tema | Permandangan Kolam |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Grafik yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemandangan diambil mempunyai kombinasi warna yang menarik dan cantik. Gabungan warna biru air, warna lampu yang berwarna jingga menaikkan warna grafik ini. Warna yang menarik dalam grafik ini menimbulkan rasa tenang kepada penonton. |
No comments:
Post a Comment