SUMBER INTERNET
Tema |
Papan Iklan |
Rujukan |
Google Image |
Huraian |
Berdasarkan
papan iklan yang dinyatakan, mesej yang hendak disampaikan adalah jelas dan
mudah difahami. Hal ini dikatakan demikian kerana, jenis dan saiz font yang dipilih ada sesuai dengan
mesej yang hendak disampaikan. Begitu juga dengan pemilihan warna pada teks
yang sesuai sehingga membolehkan maklumat ditafsir dengan jelas oleh pembaca.
Oleh hal yang demikian, pemilihan jenis, saiz dan warna font merupakan satu perkara yang penting dalam menghasilkan
grafik supaya maklumat yang disampaikan jelas dan tidak mengalami kekaburan
makna. |
Tema |
Poster |
Rujukan |
Aplikasi Instagram |
Huraian |
Penggunaan teks
dalam poster ini sangat menarik dan bersesuaian. Jenis teks yang terdapat
dalam foto di atas mudah untuk dibaca dan bersesuaian dengan mesej yang
hendak disampaikan . Bukan itu sahaja, teks yang tertera juga jelas dan
bersesuaian dengan latar serta grafik lain yang terdapat dalam foto ini.
Pemilihan teks yang menarik dan bersesuaian membantu dalam menyampaikan
maklumat yang berkesan kepada audien. |
Tema |
Minuman Bertenaga |
Rujukan |
Google Image |
Huraian
|
Teks yang bertulis di foto tersebut ringkas menerangkan
berkaitan fungsi ataupun pengetahuan orang atau masyarakat berkaitan minuman Nestle Milo merujuk kepada air minuman
Milo yang dikenal minuman memberi bekalan tenaga yang penuh dan sarat dengan khasiat
vitamin dan mineral serta malt coklat. Teks dalam gambar tersebut mudah dan
ringkas serta mudah untuk orang mengetahui berkaitan minuman Milo tersebut. |
Tema |
Kata-kata
Kehidupan |
Rujukan |
Google Image |
Huraian |
Penggunaan teks dalam
grafik di atas menunjukkan kesepadanan di antara latar dan teks tersebut.
Grafik tersebut berlatarkan kertas contengan warna yang pelbagai untuk
menunjukkan kesenian yang mengandungi pelbagai warna. Teks “Hidup adalah seni
gambar tanpa satupun penghapu”’ membawa makna segala yang terjadi tidak boleh
dipadamkan. Begitu juga perlambangan yang digunakan dalam grafik tersebut
iaitu alat lukisan yang mempunyai warna dan kertas lukisan yang dipenuhi
warna. Namun, tiada penghapus seperti pemadam untuk menghapuskan kesan
contengan yang telah berlaku dalam grafik tersebut. |
Tema |
Motivasi |
Rujukan |
Aplikasi Pinterest |
Huraian |
Gambar menunjukkan kata-kata motivasi bagi seseorang untuk
terus bersenam. Teks yang ditonjolkan memberi kesedaran kepada audien untuk
terus fokus kepada impian dan jangan berputus asa. Figura yang ditunjukkan
juga mempunyai kaitan yang bermakna kepada teks. Figura yang sedang berlari
ke hadapan menggambarkan maksud teks tersebut yang berpesan kepada audien
supaya sentiasa fokus kepada impian yang berada di hadapan mereka. |
Tema |
Iklan Produk |
Rujukan |
Gambar sendiri |
Huraian |
Berdasarkan gambar di atas tulisan merah tersebut membantu
penonton untuk melihat dengan jelas. Selain itu, walaupun tulisan pendek
ringkas dan padat tetapi penyampaiannya sampai kepada penonton. Gambar kerusi
itu juga memainkan peranan dalam menceritakan
lagi tentang perabot di IKEA. Oleh itu, teks
pada gambar ini sangat membantu dalam mempromosi produk itu kepada audien. |
Tema |
Poster COVID-19 |
Rujukan |
Google Image |
Huraian |
Berdasarkan
poster tersebut, mesej yang ingin disampaikan sangat jelas dan dapat difahami
dengan baik. Hal ini kerana penggunaan teks yang ringkas dan padat itu
memudahkan pembaca untuk memahaminya. Saiz dan warna font juga memainkan
peranan yang penting dalam keberkesanan poster ini. Dalam poster itu,
perkataan yang ingin ditekankan itu menggunakan huruf besar dan warna yang
terang iaitu warna merah. Oleh itu, teks tersebut berkesan dalam menarik
perhatian pembaca. |
Tema |
Pencuci Pakaian |
Rujukan |
Google Image |
Huraian |
Berdasarkan
poster berikut, penggunaan teks adalah mudah, ringkas dan senang difahami.
Mesej yang disampaikan juga adalah padat. Penggunaan warna yang cerah juga
menarik audien untuk melihatnya. Info yang diberikan dalam poster pencuci
pakaian keluaran INAS Global Sdn, Bhd. tersebut juga adalah secara
terperinci. Hal ini dapat memudahkan audien untuk
mendapat info yang jelas. |
Tema |
Iklan Jenama
Telefon Pintar |
Rujukan |
Google
Image |
Huraian |
Berdasarkan
iklan telefon pintar tersebut, mesej yang hendak disampaikan adalah jelas.
Jenis, saiz serta kedudukan font adalah jelas dan tidak mengelirukan pembaca.
Warna font juga terang dan senang untuk dilihat. Oleh itu, kesesuaian saiz
dan jenis font hendaklah ditekankan untuk menimbulkan lagi maklumat yang
terdapat di dalam sesebuah gambar. |
Tema |
Iklan McDonald |
Rujukan |
Google
Image |
Huraian |
Berdasarkan gambar di atas, kita dapat menganggap ia
merupakan sebuah promosi iklan burger di restoran makanan segera. Teks yang
ditunjukkan telah mendominasikan poster tersebut sebagai promosi sebuah
burger. Poster tersebut jelas menunjukkan “Spicy Korean Burger Buy 1 Free 1 Deal” bagi
promosi yang dilakukan oleh restoran makanan segera tersebut. Kontra terhadap
warna ilustrasi hidangan dan warna latar belakang telah menonjolkan gambar
hidangan tersebut yang dapat difahami oleh khalayak. |
SUMBER SENDIRI
Tema | Sayur-sayuran |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Foto di atas memaparkan teks yang jelas dan tidak sarat. Pemilihan teks yang ringkas dan menarik telah menarik minat audien untuk membaca mesej yang ingin disampaikan. Meskipun mesejnya sangat ringkas, ia dapat difahami dengan mudah kerana pemilihan teks yang ringkas dan berkesan. Oleh itu, teks yang digunakan sesuai dan berkesan. |
Tema | Pemandangan Alam Semula Jadi |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Teks “ Gua Kelam Perlis Malaysia” yang diletakkan di batu dalam gambar tersebut menjelaskan di manakah tempat pemandangan gambar tersebut. Font teks yang berwarna putih menonjolkan teks teks tulisan tersebut kerana latar belakangnya yang agak sedikit gelap. Oleh itu, teks tersebut dapat dilihat dan jelas untuk difahami orang di mana keberadaan gambar pemandangan tersebut. |
Tema | Bunga |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Gambar yang dipaparkan merupakan gambar sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Gypsophila atau Baby Breath. Teks yang digunakan iaitu ‘Everlasting love and purify’ menunjukkan kasih sayang yang berpanjangan dan suci yang dilambangkan oleh bunga Baby Breath ini. Hal ini terbukti apabila bunga ini sering dijadikan gubahan untuk majlis perkahwinan dan sebagai hadiah untuk kelahiran bayi. Bunga ini juga sering digunakan untuk menzahirkan rasa kasih sayang antara manusia. |
Tema | Kenderaan |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Gambar motor di atas yang disunting dengan menambah elemen teks pada gambar tersebut memenuhi elemen teks seperti yang ditetapkan. Hal ini dikatakan demikian kerana, penambahan teks pada gambar tersebut memberi persepsi kepada motor yang dinyatakan dalam gambar tersebut. Teks “125zr, penuh gaya dan versatile” memberi mesej berkenaan penggayaan motor jenis 125zr penuh gaya dan elegan. Teks dihias dengan jenis font yang menarik supaya pembaca merupakan peminat kepada sukan permotoran tertarik untuk turut serta menggayakan motor mereka. |
Tema | Kampung Halaman |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Gambar menunjukkan suasana kampung halaman. Bagi individu yang merantau jauh pastinya berasa rindu akan kampung halaman. Berdasarkan teks yang ditunjukkan dalam gambar, ia menerangkan satu mesej kepada audien tentang kerinduan terhadap kampung halaman sekiranya seseorang itu merantau jauh. Teks yang diberikan sangat berketepatan dengan gambar yang menunjukkan situasi di kampung halaman. |
Tema | Produk Makanan |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Berdasarkan gambar di atas, tulisan warna merah memainkan peranan penting bagi tujuan mempromosikan produk. Gambar ini juga menunjukkan bahawa tulisan memainkan peranan dalam memberikan maklumat tentang perisa yang terdapat di dalam produk makanan tersebut. Teks yang digunakan juga kelihatan jelas dan menarik minat audiens untuk membeli produk tersebut. Mesej yang disampaikan pada produk tersebut berjaya disampaikan menerusi teks yang digunakan. |
Tema | Kata Motivasi |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Berdasarkan gambar tersebut, teks yang digunakan sangat ringkas dan sesuai dengan maksud yang ingin disampaikan. Mutiara kata daripada Agnes Jessica berkenaan dengan analogi kehidupan ibarat lukisan ini dapat disampaikan dengan baik kepada audien melalui beberapa cara. Jadi, dalam grafik ini, penggunaan saiz dan jenis font yang berbeza menyebabkan teks pada gambar tersebut lebih menonjol kerana latar belakangnya yang agak kabur. Selain itu, pemilihan warna juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesuatu grafik. Oleh itu, kesemua ini merupakan cara untuk menyampaikan makna teks yang ditambah dalam grafik. |
Tema | Pemandangan |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Berdasarkan gambar di atas, elemen teks yang ditunjukkan memberi maksud yang jelas dan berkaitan dengan kawasan yang ditujukan. Warna dalam gambar ini juga menunjukkan suasana matahari terbenam di Bukit Ekspo, Univesiti Putra Malaysia. Audien juga dapat memahami dan mengetahui tempat ini berdasarkan teks yang dipaparkan. Oleh itu, teks pada gambar ini sangat membantu dalam pemahaman dan penghayatan gambar. |
Tema | Buah-buahan |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Gambar buah tersebut disunting dengan menambah teks untuk memenuhi elemen teks. Saiz font yang dipilih adalah sesuai dan senang untuk dibaca. Jenis font yang dipilih juga bersesuaian. Orang yang tidak mengenali jenis buah durian tersebut akan dibantu oleh font yang tertera di gambar. Oleh itu, teks amat membantu dalam penyampaian sesebuah maklumat yang terdapat di dalam gambar. |
Tema | Papan Iklan |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Berdasarkan papan iklan tersebut, terdapat tiga warna sahaja yang digunakan iaitu hijau, hitam dan putih. Pemilihan warna tersebut memberi kesan terhadap iklan yang ingin disampaikan. Iklan yang ditonjolkan ini membolehkan pembaca memahami dengan baik dan jelas disebabkan warna pada tulisan tersebut terang kerana berlatar belakang hijau gelap. Oleh itu, pemilihan warna yang tepat dan sesuai dengan mesej dapat menjadikan grafik tersebut berkesan. |
No comments:
Post a Comment