LONGSHOT
Sumber :
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Nota :
Gambar atau video yang diambil dari jarak yang jauh. Kebiasaannya, long shot digunakan untuk menggambarkan situasi bagi merujuk kepada pemahaman seluruh paparan berkenaan dengan latar dan juga objek yang terlibat dalam gambar tersebut.
Papan Cerita Longshot
Model : Hadi dan Ammal
Gambar di atas telah diambil pada Julai 2020, di sebuah sungai di Selama, Perak. Gambar memperlihatkan pemandangan kawasan hutan lipur dan terdapat dua orang lelaki di dalam gambar yang sedang merentasi arus deras sungai tersebut. Gambar ini diambil menggunakan teknik longshot. Hal ini kerana gambar tersebut menepati ciri-ciri asas grafik longshot iaitu gambar di ambil dari jarak yang jauh.
Model : Pemain Ragbi SMSKB
Gambar ini diambil pada tahun 2012 iaitu di mana berlakunya satu pertandingan ragbi di Alor Setar, Kedah. Terdapat beberapa budak lelaki dan seorang pengadil berada di tengah padang ketika itu. Gambar ini memenuhi ciri-ciri asas grafik longshot kerana gambar ini diambil dari jarak yang jauh.
Gambar di atas menceritakan tentang seorang lelaki sedang menunggang sebuah motorsikal dengan berlatar belakangkan pokok-pokok kelapa sawit di Pusat Kecemerlangan As-Syafiee (PAKSY). Gambar ini memenuhi ciri-ciri asas grafik longshot kerana diambil dari jarak yang jauh.
No comments:
Post a Comment