Video Setempat
Rujukan :
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Assalamualaikum dan hai semua, jom ramai-ramai saya nak tunjukkan aktiviti saya pada hari raya kedua di sebelah malam. Raya dalam keadaan norma baharu ini sememangnya berbeza dari tahun-tahun sebelumnya tetapi apa kan daya masa tak akan kembali. Hancur musnah...Eh ternyanyi pula. Hihi.
Sebelum itu, saya nak kongsikan lah cerita disebalik terjadinya video ini. Video ini dirakam pada hari raya kedua di sebelah malam dan kebetulan mak saya cakap ada lebihan ayam yang untuk bulan puasa jadi, saya ambil keputusan untuk bakar ayam tersebut menjadi ayam bakar haaaa macam mana tuh? Hahaha. Lalu menggunakan teknik rakaman setempat ini saya rakam lah video tersebut. Sambil2 tu membebel lah sedikit. Yelah mana tidaknya membakar pun seorang diri sahaja. Kalau tiada perintah kawalan pergerakan, boleh lah jemput rakan-rakan bagi memeriahkan suasana. Suasana apa? Suasana hari Raya walau dimana pun jua dapat memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa. Haaaa gitu. Kuih dan muih beraneka macam. Eh baca ja. Jangan ternyanyi sekali tetapi kalau nyanyi sekali kita geng lah. Hehehe.
Link : ( https://youtu.be/IKUvXY8l3os )
No comments:
Post a Comment