Friday, April 16, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS GRAFIK-POTRAIT

POTRAIT

Sumber :

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Nota : 

Potrait merupakan gambar yang berfokus diambil pada jarak yang dekat. Potrait memberikan gambaran yang jelas tentang sesuatu yang ditekankan pada gambar. 


Papan Cerita Potrait


Model 1 : Wan Nur Rabihah



Potrait Muka


Gambar dia atas merupakan gambar asas grafik potrait bahagian muka. Gambar ini merupakan gambar seorang perempuan yang sedang dalam perjalanan pulang dari kelas. Gambar ini memenuhi ciri-ciri asas grafik potrait muka kerana imej ini menfokuskan bahagian muka.



Potrait Separuh Badan



Gambar menunjukkan seorang perempuan yang sedang berada di atas sebuah jambatan. Gambar ini merupakan sejenis gambar potrait separuh badan. Hal ini kerana gambar ini menfokuskan kepada model dan hanya mengambil separuh badan model sahaja.



Potrait Penuh



Gambar ini memperlihatkan seorang perempuan yang melakukan gayanya tersendiri dalam menjayakan gambar yang dikelaskan sebagai potrait penuh. Gambar ini memenuhi ciri-ciri sebagai potrait penuh kerana kamera menangkap keseluruhan badan model yang berada di tengah-tengah gambar.


Model 2 : Amry Mukmin


Potrait Muka


Gambar ini menunjukkan imej seorang lelaki yang sedang berehat di sebuah pantai dalam keadaan yang patuh SOP. Gambar ini merupakan gambar yang memenuhi asas grafik potrait muka.  Hal ini kerana gambar ini menfokuskan bahagian muka model dengan sangat jelas.


Potrait Separuh Badan



Gambar ini menceritakan tentang seorang lelaki dalam keadaan berdiri di hadapan sebuah pantai. Gambar ini merupakan gambar potrait separuh badan kerana kamera hanya menangkap sebahagian badan model tersebut dan gambar berada dalam keadaan jelas. 


Potrait Penuh



Gambar di atas menceritakan tentang seorang lelaki yang sedang berdiri berhampiran pantai dan berehat ketika mengharungi hari yang panjang di bulan puasa. Gambar ini merupakan gambar yang mempunyai ciri asas grafik potrait penuh. Hal ini kerana, gambar ini sangat jelas dan kamera menangkap model secara penuh. 


Model 3 : Aiman Ahmad


Potrait Muka




Gambar di atas menceritakan tentang seorang lelaki yang meminati dan menyokong pasukan bolasepak negeri Pulau Pinang. Gambar ini juga diambil dan ditangkap kamera dalam keadaan potrait. Hal ini kerana gambar ini menfokuskan bahagian muka dan sangat jelas.


Potrait Separuh Badan



Gambar ini menceritakan tentang seorang lelaki tidaklah hensem tapi manis tu ada yang sedang berpeluk tubuh di tepi sebuah pantai. Gambar ini diambil dalam keadaan mod potrait. Hal ini kerana gambar ini memenuhi ciri-ciri potrait separuh badan. Kamera menfokuskan pada model dan dalam keadaan jelas.


Potrait Penuh



Gambar ini menceritakan tentang seorang lelaki yang sedang duduk sebuah batu di bawah sebuah pondok di Bukit Fraser. Lelaki itu senyum dan duduk dalam keadaan kakinya bersilang. Gambar ini diambil memenuhi ciri-ciri potrait penuh kerana diambil dalam keadaan model difokuskan dengan begitu jelas dan secara penuh.














No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA ...