Sumber :
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Nota :
Gambar yang diambil pada pemandangan yang menfokuskan kepada keseluruhan latar dan tema yang diinginkan. Pemandangan yang jelas dan cantik digambarkan dalam satu gambar menjadi aspek terpenting yang perlu ditekankan dalam mengambil gambar menggunakan teknik ini. Gambar yang menggunakan teknik ini hanya menfokuskan kepada pemandangan walaupun ada objek lain di dalam gambar tetapi ia tidak menjadi gangguan dan orang yang melihat gambar pemandangan ini tetap faham maksud yang hendak disampaikan iaitu berkaitan dengan pemandangan.
Papan Cerita Pemandangan
Lokasi : Kolej Kosas, UPM
Gambar pemandangan ini diambil di sebuah kolej menginap di Universiti Putra Malaysia. Gambar pemandangan langit ini memaparkan keadaan langit yang biru kemerah-merahan dan kelihatan penampakkan bulan. Gambar ini memenuhi ciri-ciri asas grafik pemandangan iaitu kerana apa yang ditekankan di dalam gambar tersebut mudah difahami orang ramai.
Lokasi : Bukit Ekspo, UPM
Gambar pemandangan ini merupakan gambar pemandangan tasek di Bukit Ekspo, UPM. Gambar pemandangan tasek ini diambil pada waktu senja. Hal ini kerana dapat dilihat dengan jelas keadaan matahari yang sedang terbenam. Gambar ini dikatakan memenuhi teknik pemandangan kerana apa yang ditekankan dapat difahami oleh khalayak umum walaupun terdapat objek lain di dalam gambar tersebut.
Lokasi : Pulau Redang, Terengganu
Gambar pemandangan ini merupakan gambar pemandangan sebuah pantai di Pulau Redang di negeri Terengganu. Gambar pemandangan ini menunjukkan sebuah pulau nun jauh di sana dan sebuah batu berdekatan dengan gambar diambil. Gambar ini memenuhi ciri-ciri teknik pemandangan yang mudah difahami oleh khalayak umum walaupun terdapat objek lain di dalam gambar tersebut.
No comments:
Post a Comment