Sunday, July 4, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 11-VIDEO FOKUS

VIDEO FOKUS

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia



Link ( https://youtu.be/izCOQ31mzCs ) 


Assalamualaikum dan hai semua!


Untuk post kali ini, kami dari kumpulan Sangga Buana ingin mempersembahkan hasil video kami iaitu video fokus. Untuk pengetahuan anda, video fokus tidak memperlihatkan wajah pelakon di dalam video. Untuk menghasilkan video fokus ini, kami mengadakan perbincangan di aplikasi Whatsapp dan perbincangan dimulakan dengan membincangkan tajuk serta jalan cerita bagi video ini. Setelah itu, setiap ahli kumpulan diagihkan kepada tugas-tugas tertentu dan diberikan masa yang secukupnya untuk menyiapkan bahagian masing-masing. 

Tajuk yang dipilih untuk video ini ialah “Surat Buat Ayah”. Video ini mengisahkan seorang anak yang telah kematian ayahnya dan mereka dibesarkan oleh ibu mereka sahaja. Anaknya menceritakan kenangan-kenangan yang dilalui oleh mereka sewaktu hayat ayahnya masih ada melalui penulisan surat. Video ini dihasilkan oleh Aiman yang merupakan ahli kumpulan kami dan dibantu oleh Amani Zulaika sebagai jurukamera.

Setelah semua video selesai dirakam dan disunting oleh barisan editor, pengarah kami meneliti setiap video secara terperinci untuk diberi penambahbaikan agar video fokus ini bertepatan dengan konsep yang dimahukan. Setelah video siap disemak dan disunting beberapa kali, pengarah memberi kelulusan agar video tersebut boleh dimuat naik di Youtube Channel dan blog masing-masing. 


Secara keseluruhannya, proses menghasilkan video ini amat menyeronokkan. Kerjasama sesama ahli kumpulan Sangga Buana juga sangat baik. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang memainkan peranan masing-masing bagi memastikan tugasan video ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga kepada barisan pelakon tambahan yang sudi membantu menjayakan lagi tugasan kami kali ini. Kami berharap agar video ini menghiburkan anda semua.


Terima kasih dan jumpa lagi!


Kehadiran



No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA ...