Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-MUGSHOT

MUG SHOT

RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa : Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor


NOTA :

Mug shot merupakan gambar yang memfokuskan pada bahagian muka sahaja dan diambil pada jarak yang  dekat. perkara ini bertujuan untuk menampakkan raut wajah dengan lebih jelas supaya orang boleh mengecam raut wajah yang terdapat pada gambar yang telah diambil tersebut.


1. GEMBIRA


Model : Aiman Ahmad

-Gambar pertama bagi emosi gembira

-Emosi gembira ini berada dalam keadaan yang sederhana. Emosi gembira ini dipamerkan model apabila mendapat perkhabaran yang baik atau berita yang baik serta melihat perkara-perkara yang baik.



Model : Aiman Ahmad

-Gambar kedua bagi emosi gembira

-Emosi gembira dapat digambarkan melalui senyuman yang sedikit menampakkan gigi. Disebalik senyuman yang terukir ini, sudah semestinya model mendapat perkhabaran gembira seperti pujian dari ahli keluarga mahupun rakan-rakan.




Model : Aiman Ahmad

-Gambar ketiga bagi emosi gembira.

-Gambar ini menceritakan riak wajah gembira melalui senyuman yang terukir dibibir model. Senyuman yang menampakkan lebih banyak gigi berbanding senyuman yang sebelumnya ini menandakan semakin besar atau bertambah kegembiraan bagi model tersebut.



Model : Aiman Ahmad

-Gambar keempat bagi emosi gembira

-Riak wajah model pada imej mug shot ini memperlihatkan jelas kegembiraan yang terpancar di wajah model. Senyuman yang lebar ini menandakan kegembiraan yang tidak terhingga model. Hal ini berlaku kerana hal-hal tertentu seperti rakan yang berhutang melangsaikan hutang yang sekian lama terpendam.




Model : Aiman Ahmad

-Gambar kelima bagi emosi gembira

-Riak wajah gembira ini dipamerkan oleh model menunjukkan riak wajah dengan senyuman yang hampir ketawa. Hal ini boleh dikatakan kerana senyuman yang terukir ini merupakan kejayaan daripada hasil usaha dan cekal dalam menerusi pelajaran ke peringkat tertinggi.




Model : Aiman Ahmad 

-Gambar keenam bagi emosi gembira

-Menerusi gambar ini dapat diperlihatkan raut wajah gembira model tersebut. Kegembiraan yang sukar diucapkan dengan kata-kata. Tangan yang menutupi sebahagian mulut itu menandakan model memperoleh sesuatu yang berada di luar jangkaan beliau seperti lulus cemerlang di dalam peperiksaan bagi subjek multimedia.


2. Sedih



Model : Aiman Ahmad

-Gambar pertama bagi emosi sedih.

-Menerusi imej ini dapat diperkatakan bahawa model berada dalam keadaan yang sayu dan sedih. Namun begitu, model tidak lah terlalu bersedih kerana mungkin hanya perkara kecil ataupun sedang menghadapi masalah kecil sahaja.




Model : Aiman Ahmad

-Gambar kedua bagi emosi sedih

-Menerusi imej yang dipaparkan, model tersebut menunjukkan riak wajah sedih dan agak sugul. Hal ini kerana imej ini mempamerkan raut wajah seseorang yang sedih setelah dimarahi oleh ibu dan bapa ataupun guru di sekolah.




Model : Aiman Ahmad 

-Gambar ketiga bagi emosi sedih

-Gambar ini menunjukan raut wajah seseorang yang sedang dimarahi oleh ibu dan bapanya sedangkan adik beradiknya yang lain tidak dimarahi. Hal ini seringkali terjadi kepada anak sulung atau pertama di dalam sesebuah keluarga iaitu salah orang lain tetapi orang lain yang dimarah.





Model : Aiman Ahmad 

-Gambar keempat bagi emosi sedih

-Menerusi imej tersebut, memperlihatkan ekspresi wajah seorang kanak-kanak yang sedih kerana dipaksa melakukan perkara yang tidak disukainya 





Model : Aiman Ahmad 

-Gambar kelima bagi emosi sedih.

-Menerusi imej di atas, jelas kelihatan raut wajah seseorang yang dalam keadaan sedih hingga menyebabkan beliau menangis. Namun begitu, tiada air mata yang kelihatan kerana tangisan tanpa airmata lebih perit.






Model : Aiman Ahmad 

-Gambar keenam bagi emosi sedih.

-Menerusi imej ini, dapat disimpulkan model ini sedang sedih dan sedaya upaya menahan kesedihan atau menahan air matanya. Kelihatan beliau mengetap bibir beliau dalam usaha menahan kesedihan. Kesedihan hidup ini sepatutnya tidak perlu diratap terlalu lama kerana hidup harus bergerak ke hadapan bukan ke belakang.


3. Takut



Model : Aiman Ahmad 

-Gambar pertama bagi emosi takut.

-Menerusi imej di atas, dapat ditunjukkan bahawa raut wajah seseorang yang takut kepada seseorang. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang berada di dalam ketakutan apabila melakukan kesalahan dan bimbang perkara tersebut sampai ke pengetahuan ayahnya.





Model : Aiman Ahmad 

-Gambar kedua bagi emosi takut.

-Menerusi imej ini, raut wajah model seakan sedang melihat rakannya yang lain sedang dimarah sambil menunggu gilirannya dalam keadaan takut.




Model : Aiman Ahmad 

-Gambar ketiga bagi emosi takut.

-Imej ini menunjukkan riak wajah seseorang yang tertunduk dan memandang ke bawah dalam keadaan takut apabila dimarahi.





Model : Aiman Ahmad 

-Gambar keempat bagi emosi takut.

-Imej ini memperlihatkan dengan jelas keadaan muka atau wajah seseorang yang takut dan bakal menerima pukulan daripada seseorang ataupun balingan objek dan sebagainya.




Model : Aiman Ahmad 

-Gambar kelima bagi emosi takut.

-Gambar ini menunjukkan keadaan wajah seseorang yang takut akan sesuatu dan menunggu gilirannya tiba. Contohnya, seseorang yang takut akan jarum suntikan menantikan gilirannya untuk disuntik.




Model : Aiman Ahmad 

-Gambar keenam bagi emosi takut.

-Imej ini menunjukkan seseorang yang sangat takut dan hampir menutupkan matanya untuk mengurangkan rasa takut yang dialami.


4. Geram




Model : Aiman Ahmad 

-Gambar pertama bagi emosi geram.

-Menerusi gambar ini raut wajah seseorang yang sedang geram lalu mengetapkan bibirnya tanda ketidakpuasan hati beliau terhadap sesuatu atau seseorang.





Model : Aiman Ahmad 

-Gambar kedua bagi emosi geram.

-Menerusi imej ini dapat memperlihatkan riak wajah geram seseorang lalu menunjukkan rasa tidak puas hatinya melalui mimik muka. Lalu, di dalam hatinya berkata, "geramnya, kecil besar kecil besar sahaja aku lihat si Mamat itu".





Model : Aiman Ahmad 

-Gambar ketiga bagi emosi geram.

-Menerusi imej ini, jelas renungan tajam itu menunjukkan rasa geram seseorang terhadap individu yang menyakitkan hatinya. Sebagai contoh, Ahmad geram akan Saiful yang menjadi batu api hingga memburukkan nama Ahmad.




Model : Aiman Ahmad 

-Gambar keempat bagi emosi geram.

-Menerusi imej ini, dapat memperlihatkan perasaan geram terhadap seseorang yang membuak-buak. Contohnya, model memandang ke pentas dengan geram menanti tamatnya ucapan seorang pengetua sekolah menengah yang telah berucap hampir 2 jam lamanya.





Model : Aiman Ahmad 

-Gambar kelima bagi emosi geram.

-Berbeza dengan yang lain, emosi geram yang ditunjukkan menerusi imej ini adalah emosi atau riak wajah geram terhadap sesuatu yang comel dan berjaya menambat hati beliau. Contohnya, model menunjukkan riak wajah geram ini apabila terjumpa bayi yang comel atau haiwan-haiwan yang comel,




Model : Aiman Ahmad 

-Gambar keenam bagi emosi geram.

-Imej ini juga menunjukkan riak wajah geram yang sedikit  berbeza dengan yang sebelumnya. Riak wajah imej ini seperti menunjukkan rasa geram untuk berjaya dalam sesuatu bidang atau ahli sukan yang dahagakan kejuaraan.


5. Marah




Model : Aiman Ahmad 

-Gambar pertama bagi emosi marah.

-Menerusi imej ini, emosi marah dapat diperlihatkan oleh raut wajah yang murah dan menunjukkan rasa tidak puas hati. Renungan mata yang tajam mampu menakutkan sesiapa yang cuba-cuba mendekatinya.





Model : Aiman Ahmad 

-Gambar kedua bagi emosi marah.

-Berbanding dengan yang pertama, emosi marah lebih dapat dilihat dan dirasai menerusi imej ini. Kerutan di bahagian dahi atau mata menunjukkan emosi yang sangat tidak stabil iaitu marah.





Model : Aiman Ahmad 

-Gambar ketiga bagi emosi marah.

-Menerusi imej ini, emosi marah tidak begitu ditonjolkan dengan jelas, akan tetapi renungan tajam sudah cukup untuk membuatkan orang lain faham keadaan model yang sedang marah.





Model : Aiman Ahmad 

-Gambar keempat bagi emosi marah.

- Menerusi imej ini jelas perasaan marah ditujukan kepada sesuatu yang dilihat dan tidak betul hingga mendatangkan marah. Sebagai contoh, imej ini menunjukkan tentang artis-artis yang mengambil kesempatan untuk merentas negeri ketika pandemik ini.





Model : Aiman Ahmad 

-Gambar kelima bagi emosi marah.

-Menerusi imej ini, dilihat model mempamerkan raut wajah seseorang yang sedang berusaha menahan kemarahan akan tetapi kemarahannya agak membuak-buak bagaikan lahar daripada gunung berapi.





Model : Aiman Ahmad 

-Gambar keenam bagi emosi marah.

-Menerusi imej ini, model menunjukkan kemarahannya dengan memandang tepat ke arah seseorang yang beliau marah dengan renungan mata yang tajam.



6. Terkejut



Model : Aiman Ahmad 

-Gambar pertama bagi emosi terkejut.

-Imej ini menunjukkan raut wajah seseorang yang mendapat perkhabaran yang agak mengejutkan. Sebagai contoh, model terkejut apabila mendapati beliau harus mengulangi semester yang sama kerana keputusan yang kurang memuaskan.





Model : Aiman Ahmad 

-Gambar kedua bagi emosi terkejut.

-Imej ini menunjukkan riak wajah terkejut seseorang apabila terlihat sesuatu di media sosial. Sebagai contoh, imej ini menunjukkan raut wajah seseorang yang dalam keadaan terkejut apabila melihat majlis akad nikah selebriti terkenal yang melanggar peraturan ketika pandemik ini.





Model : Aiman Ahmad 

-Gambar ketiga bagi emosi terkejut.

-Gambar atau imej ini menunjukkan riak wajah seseorang yang terkejut setelah melihat sesuatu. Akibat kejutan itu, secara automatik tangan akan berada di dada bagi meredakan kejutan.







Model : Aiman Ahmad 

-Gambar keempat bagi emosi terkejut.

-Menerusi imej ini dapat melihat bahawa seseorang yang terkejut setelah melihat perkara yang agak mustahil dan tahyul. Sebagai contoh, agak mengejutkan bahawa ada yang masih mempercayai tentang bentuk bumi rata dan antivaksin yang enggan mengambil suntikan vaksin.





Model : Aiman Ahmad 

-Gambar kelima bagi emosi terkejut.

-Gambar ini menunjukkan reaksi terkejut seseorang. Dalam hal ini, model menerima kejutan daripada kejutan oleh seseorang dengan tujuan mengusik atau pun terlihat makhluk-makhluk halus dan sebagainya. Imej menunjukkan model yang sedang terkejut lalu melatah "opocot" dan "Oh My God " ketika terkejut lalu mengusap di bahagian dada dengan telapak tangan.





Model : Aiman Ahmad 

-Gambar keenam bagi emosi terkejut.

-Imej ini menunjukkan sesuatu yang berbeza berbanding emosi terkejut yang  lain, imej ini mempamerkan riak wajah seseorang yang pura-pura terkejut apabila rakanya yang lain mengusik beliau. Hal ini seringkali terjadi dengan tujuan untuk menjaga hati rakannya yang lain yang berusaha untuk mengusik beliau.



7. Ketawa




Model : Aiman Ahmad 

-Gambar pertama bagi emosi ketawa.

-Menerusi imej yang dipamerkan, dapat dilihat bahawa model ini sedang ketawa dengan riangnya. Perkara-perkara yang lucu dan kelakar akan mampu membuatkan seseorang berketawa besar.






Model : Aiman Ahmad 

-Gambar kedua bagi emosi ketawa.

-Menerusi imej kedua ini dapat dilihat bahawa riak wajah seseorang yang sedang ketawa sinis. Hal ini kerana mungkin bahan lucu atau kelakar merupakan berkenaan model ini lalu ketawa secara berpura-pura dilakukan bagi menyedarkan orang lain bahawa tidak kelakar jika menjadikan kekurangan seseorang itu sebagai bahan kelakar.





Model : Aiman Ahmad 

-Gambar ketiga bagi emosi ketawa.

-Menerusi imej ini, dapat dikatakan bahawa seseorang sedang ketawa besar melihat atau mendengar kelucuan atau rancangan komedi di kaca televisyen. Ketawa beliau hingga menampakkan gigi menjadikan imej ini sarat dengan emosi ketawa.





Model : Aiman Ahmad 

-Gambar keempat bagi emosi ketawa.

-Menerusi imej ini, menunjukkan raut wajah seseorang yang sedang asyik ketawa ketika berbual dengan rakan-rakannya. Perkara yang diperkatakan mungkin terlalu lucu hingga menyebabkan ketawa hingga mengalirkan air mata. Tangan tersebut menghilangkan air mata yang berada di kelompak mata.





Model : Aiman Ahmad 

-Gambar kelima bagi emosi ketawa.

-Menerusi imej ini dapat dilihatkan seseorang sedang ketawa akan tetapi dalam masa yang sama beliau juga lah yang hendak bercerita. Hal ini menyebabkan cerita yang hendak disampaikan mengambil masa yang lama untuk disampaikan kerana ketawa.




Model : Aiman Ahmad 

-Gambar keenam bagi emosi ketawa.

-Menerusi imej di atas, dapat dilihatkan seseorang yang sedang ketawa akan tetapi sedang berada di dalam kelas atau pun perpustakaan. Oleh itu, terpaksalah untuk menahan ketawa atau ketawa secara perlahan.




Buku Rujukan



















No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA ...